Post by spanargirl on Mar 28, 2020 11:28:19 GMT 7
PUSAT LATIHAN TINGGI (ADTEC) SHAH ALAM - ATO/2013/06
DIPLOMA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN PENYELENGGARAAN KAPAL TERBANG
PENGENALAN KURSUS
Kursus ini memberi penekanan kepada amalan standard penyelenggaraan pada kerangka pesawat udara, sistem avionik dan enjin serta memastikan kualiti aktiviti penyelenggaraan pesawat mengikut piawaian. Para pelajar akan didedahkan dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh industri penerbangan khususnya Penyelenggaraan Pembaikan dan Baik Pulih (MRO) pesawat berdasarkan DCAM Part 66 Kategori A. Di antara subjek-subjek yang ditawarkan adalah Digital Techniques / Electronics Instrument System, Basic Aerodynamics, Turbine Aeroplane Aerodynamics, Structures and Systems; Helicopter Aerodynamics, Structures And Systems; Gas Turbine Engine, Propeller dan Piston Engine. Pelajar juga diberi tugasan tambahan lain seperti ‘sheet metal repair’ bagi persediaan untuk kelayakan Kategori B sebagai pembangunan kerjaya mereka.
KELAYAKAN MASUK
1. Warganegara Malaysia berumur di antara 17 hingga 35 tahun.
2. Tidak buta atau butawarna atau rabun atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.
3. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan minimum gred C dalam 4 matapelajaran termasuk termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik DAN satu (1) mata pelajaran lain berkaitan Sains/Teknikal/Vokasional.
4. Lulus peperiksaan khas & temuduga.
Nota : Bagi pelajar bukan aliran Sains, sekurang-kurangnya C+ dalam subjek Sains.
KELAYAKAN KEMASUKAN PELAJAR ANTARABANGSA
1. Berumur di antara 17 dan 35 tahun.
2. Minumum 11 tahun persekolahan.
3. Lulus Matematik, Sains dan 2 matapelajaran yang setaraf dengan UK ' O' Level.
4. Penguasaan dalam Bahasa Inggeris dengan menguasai Band 5 bagi ujian International English Language Test System atau IELTS.
KAEDAH LATIHAN
Bagi peringkat diploma, latihan berteraskan kemahiran merangkumi 60% latihan amali dan 40% pengajaran teori.
OBJEKTIF LATIHAN
Melahirkan juruteknologi kejuruteraan yang berpengetahuan dan berkemahiran teknikal.
Melahirkan juruteknologi kejuruteraan yang mempunyai etika kerja dan berdisiplin.
Menyediakan kursus yang berkaitan dengan teknologi terkini.
Membantu industri kecil dan sedehana kearah pembangunan lestari.
PROGRAMME EDUCATIONAL OBJECTIVES (PEO)
Objektif program pembelajaran adalah untuk melahirkan Graduan Juruteknologi Kejuruteraan yang :
Berpengetahuan dan berketerampilan teknikal serta berkebolehan menyelesaikan masalah dalam bidang teknologi kejuruteraan Penyelenggaraan Kapal Terbang secara inovatif dan kreatif selaras dengan kehendak industri.
Berkomunikasi secara berkesan dan menunjukkan kualiti kepimpinan yang baik di dalam sesebuah organisasi.
Mampu menunjukkan kemahiran keusahawanan dan menyedari keperluan pembelajaran sepanjang hayat untuk pembangunan kerjaya yang berjaya.
PROGRAMME LEARNING OUTCOME (PLO)
Di akhir program, graduan Diploma Teknologi kejuruteraan Penyelenggaraan Kapal Terbang boleh:
PLO 1
memperoleh dan mengaplikasi pengetahuan sains dan asas kejuruteraan dalam bidang teknologi kejuruteraan Penyelenggaraan Kapal Terbang.
PLO 2
mengaplikasi kemahiran teknikal menerusi pengendalian peralatan, perisian dan sumber berkaitan dalam bidang teknologi kejuruteraan Penyelenggaraan Kapal Terbang.
PLO 3
mengenalpasti, menganalisis dan menyelesaikan masalah berkaitan teknologi kejuruteraan Penyelenggaraan Kapal Terbang.
PLO 4
berkomunikasi secara berkesan dalam kumpulan dan menunjukkan kualiti kepimpinan yang baik.
PLO 5
melaksanakan tanggungjawab sosial dengan mengambil kira impak amalan kejuruteraan dan keperluan pembangunan lestari.
PLO 6
mempamer pemahaman tentang etika professional, tanggungjawab dan norma amalan teknologi kejuruteraan.
PLO 7
mengenalpasti keperluan semasa, menguruskan maklumat dan mempamerkan minat berterusan dalam pembelajaran sepanjang hayat.
PLO 8
menunjukkan kesedaran terhadap pengurusan, amalan perniagaan dan keusahawanan.
TEMPOH LATIHAN
3 tahun
PERSIJILAN
Diploma Teknologi Kejuteraan, Diploma Kemahiran Malaysia (Tahap 4) dan Lesen Penyelenggaraan Kapal Terbang (CAT A) bagi pelajar yang mencapai tahap terampil di dalam tugasan yang telah ditetapkan.
PELUANG KERJAYA:
Juruteknik Penyelenggaraan Kapal Terbang (CAT A) di dalam bidang penyelenggaraan kapal terbang (MRO - maintenance, repair and overhaul)
PINJAMAN LATIHAN
Kemudahan pinjaman latihan boleh dipohon melalui Perbadanan Tabung Pinjaman Kemahiran (PTPK).
Click link : www.adtecsa.gov.my/index.php/2016-08-23-03-16-49/kursus-sepenuh-masa?layout=edit&id=58